All About Me

Assalamualaikum..............................

Search This Blog

Wednesday, June 23, 2010

CinTA Jarak JAuh


Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.

Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?

Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu. Kalau dah payah sangat ko skypa jer.

Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini ko yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call ko. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi korang jikalau dia sahaja yang perlu call korang. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.





Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin korang akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu. Susah-susah sangat guna Skype soh dia beli cake tiup lilin, makan, buka hadiah depan korang..heeeeeeeeee

Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu.
Akhir kata, walauapapun rintangan yang ada, jangan jadikan ia sebagai alasan dan penghalang. Tetapi jadikan ia sebagai sesuatu yang dapat menambahkan kasih sayang kita kepada si dia. Bila jauh kita akan merasa rindu bukan? Jadi jauh itu bukan satu perkara yang tidak baik cuma ianya merupakan salah satu cara untuk memupuk rasa kasih sayang kita dan mengajar kita untuk menjadi seorang kekasih yang setia.

Hari Pembalasan

" Bila dah mati kelak, manusia akan masuk kubur, lepas tu bila malaikat ISRAFEL meniup SANGKAKALA, maka bangkitlah semua manusia di padang Masyar dalam keadaan berbogel..



"Wahai tubuh-tubuh yang telah hancur, tulang-tulang yang telah reput, rambut-rambut yang bertaburan dan urat-urat yang terputus-putus! Bangkitlah kamu dari perut burung, dari perut binatang buas, dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa."

Lantas mereka berkata : "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat tidur kami?"

Duduknya di padang Mahsyar dalam keadaaan bingung selama 300 tahun mengikut riwayat..

Duduk berhimpit macam anak panah dalam bekas yang padat, kata Nabi.., dan manusia itu dalam keadaan yang berbagai rupa, ada yang buta, luka, cedera, cacat dan sebagainya ikut amal masing-masing.., di tambah beban lapar dan dahaga..

Masa tu ummat manusia hanya fikir tentang Nabi Nabi mereka, di mana Nabi mereka?

Sebenarnya, Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling awal dibangkitkan dari kubur pada hari tersebut..

Ketika Nabi SAW bangkit sambil membuang tanah dari rambut dan janggut, Lalu Baginda SAW terus bertanya kepada malaikat Jibril a.s, di manakah Ummatku? (iaitu korang semua termasuk aku..)

Nabi sangat rindu nak jumpa kita semua di padang Masyar.. oh terharunya.

Kemudian, Umat-umat akan datang ke padang mahsyar dalam keadaan berkumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat, baginda SAW akan bertanya: “Di mana umatku?”

Jibril as berkata: “Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir., Mereka berjalan dengan lambat dan perlahan.”

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW terus menangis…

Menjelang kemurkaan Allah, maka tiada Nabi yang berani untuk di hisab, kerana masing masing tergambar ‘dosa’ masing-masing ketika hidup mereka dahulu... Lalu nabi Muhammad SAW berdoa kepada Alah agar di mulakanlah Hisab, lantas malaikat jibrail telah datang kepada Nabi Muhamamad sambil menangis berkata..

"Wahai Muhammad! Umatmu telah di panggil untuk di hisab oleh Allah Taala.”

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: “Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala.”

Orang-orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Kemudian terlihatlah akan Nabi Muhammad SAW memimpin ummatnya sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala.

Allah Taala berfirman: “Wahai hambaKu! Hari ini, Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini, Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu. Dan, Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik, penjaga neraka! Katakanlah kepadanya, bawakan Jahanam!”

Jibril a.s pergi berjumpa Malik a.s, penjaga neraka lalu berkata: “Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam.”

Malik bertanya: “Apakah hari ini?”

Jibril menjawab: “Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan.”

Malik berkata: “Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan semua makhluk?”

Jibril menjawab: “Ya!”

Malik bertanya: “Di mana Muhammad dan umatnya?”

Jibril berkata: “Di hadapan Allah Taala!”

Malik bertanya lagi: “Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?”

Jibril berkata: “Aku tidak tahu!”

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan lalu Neraka terus berdiri dan Api terus dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Ada riwayat mengatakan, apabila air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak-kanak mulai beruban rambut. Ibu-ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Kemudian Malaikat akan berseru dengan perintah Allah..

“Di manakah mereka yang sentiasa memuji Allah dalam senang mahupun susah?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan akan bangun dan masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali kedua.

“Di manakah mereka yang menjauhkan lambung kanan dari tempat tidur lalu bersolat tahajjud.?”

Seteleh mendengar seruan itu, satu golongan lagi akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Kemudian malaikat akan berseru buat kali ketiga.

“di manakah mereka yang mana perniagaan dan jual beli tidak menghalang langsung mereka daripada mengtaati Allah?”

Lalu satu golongan yang lain pula, akan bangun dan terus masuk shurga tanpa hisab.

Selepas ke tiga-tiga golongan itu dah masuk shurga maka keluarlah leher yang panjang dari neraka yang mempunyai mata bersinar lalu berkata:

Aku di perintahkan untuk menangkap orang yang sombong, menangkap orang yang menghina Allah dan Rasul serta menangkap orang yang membina Berhala..

Lalu makluk neraka ini akan meragut ketiga-tiga golongan itu seperti ayam meragut biji-bijian..

Selepas puak puak itu masuk neraka tanpa hisab, barulah Mizan dan penimbang akan di buka, iaitu Mahkamah akhirat…

Menurut riwayat, ada tiga buah Mahkamah di padang Masyar.

Mahkamah 1
Satu Mahkamah untuk orang kafir.
Di sini di hintung segala kesalahan dan di bincangkan jenis jenis azab untuk orang kafir, yang paling ringan di siksa dengan di pakai terompah neraka, lalu kepalapun mendidih..

Mahkamah 2
Mahkamah ke dua pula adalah untuk orang islam yang berdosa dengan mahkluk.
Siapa yang menyakiti orang lain semasa hidup, akan di adili disini, buat baik sebesar zarahpun Allah akan balas, buat jahat sebesar zarahpun Allah akan balas…, (gaduh politik jika tak bermaafan, kena lepak sini..oh!)

Mahkamah 3
Mahkamah ke tiga adalah orang yang berdosa dengan Allah sahaja.
Di beritakan tiga golongan dari ummat Muhammad SAW akan di hisab pada awal pengadilan iaitu, orang kaya yang dermawan, Pembaca Al quran, dan Ahli jihad, tapi sebab mereka tak iklas, ingin di gelar dermawan, Qari dan pejuang berani mati, maka mereka akan di campak ke dalam neraka.., walau bagaiamanapun dosa selain itu, selain tidak ikhlas dan syirik, maka keampuanan Allah sangat luas…

Di ceritakan jugak di padang masyar Nabi akan menghalau ummatnya yang menolak sunnah walaupun tangan dan muka mereka bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna..

Dan ada tujuh golongan manusia beriman duduk lepak di bawah arasy, sedang orang lain kepanasan dan kehausan.., mereka adalah terdiri dari orang yang sentiasa solat berjemaah dan buat dakwah

Saturday, June 19, 2010

Ah.....Depression, Angry & Tension

Assalamualaikum...we meet again guys....


Actually the title a little bit scary...That what i feel right now...DEPRESS, ANGRY, & TENSION
Why? There many reason why?


1 : I'm depress coz i have to do job interview for my part time job.


2 : I'm little bit uncomfortable with some of my friends that really dint think twice to open their mouth about something that was't big issue and make me piss off. Just thank me, I did it for YOU.... 


3 : I really miss my family, & Mama please forgive me, i done wrong to you


4 : Exam is near the corner..i haven't study and really take it easy...What should i do?


5 : I'm angry to myself because i was't try hard enough to study and just playing around...
      Ya ALLAH, please save me from all the devil whispering..And show me the way 







Friday, June 11, 2010

Engagement + NiKah = Marriage




Happy to See You Again.... Today topics is MARRIAGE



Because now in Malaysia is a long, long school holiday, a lot my friends take this opportunity to get married (bak kata orang tue2 musim buat masjid ramai2)....Wa...I'm so jealous..Bila plak giliran aku nie. Seronok la dapat tengok kawan2 kawen dapat anak...Ramai jer

Mak...teringin nak kawen..sapa yang tak teringin suma orang nak kawen kan? Insyaallah kalo tak de aral melintang tahun nie aku akan tunang..beshnyer...wa cincin tunang dah beli tapi orangnyer jauh di perantauan...sian pakwe dia ( aku la tu). Tak sangka tahun nie aku dah masuk 24 tahun rasa macam 18 jer ag coz my parent still treat me as their spoil daughter although i'm the eldest..Thanks Mama & Abah...

Lebih kurang 2 minggu lepas, imah kawan baik aku ger married with his partner, i forgot his name...Sorry..Biande (bahasa korea)....I'm so sorry i could not make to our wedding dear my friend, but i surely visit your new house end of this year.  








Because aku selalu jer jealous ngan kebahagiaan kawan2 aku selalu jer aku terpikir macam mana plak time aku yang kawen...

Mesti tak ramai sangat yang datang sebab aku nie berat mulut sket, if anyone did talk to me first jangan harap aku nak tegur...Tah napa la perangai nie tak leh ubah, even with my family...ah...so tension...

Aku dah dapat design cincin tunang tahun nie...sebenarnya dah beli dari tahun lepas lagi, sebelum datang sini ingat nak tunang, but both of the family said that it should be postpone cause it will effect my study..but kalau tak tunang pon effect jugak kan..There no relationship that never hit by the wind (peribahasa yg aku reka)...hehehehe



Nie la cincin tue..aku dah rasmi dulu sebab aku yang g amik kat kedai emas bila dah siap..Tapi kini di simpan oleh bakal mak mertua....Nice kan? CLEAN & SIMPLE...I like it!!!!!



Tapi this year I hope that i really can make new relationship ngan my BF. It been 6 year seen we seeing each other. Dan dia pon is old enough to make the move (26, tua kan...maybe i should seek someone who's younger)...gedik plak...penah dengar tak orang cakap kalau kawen ngan laki muda kita nampak muda gak...keh...keh..keh..

But please wish me gudluck on this...

















Monday, June 7, 2010

Diet + Exercise = SLIM

Diet...isu yang paling sangat..sangat bermain dipikiran aku nie..warghhhhhhhh..Ingat kan dok Australia leh kurus..erm kurus sat jer turun 4 kilo nek balik 6 kilo...wahahaha tak mo...Tension..bebudak umah aku kurus tapi diorang pon sibuk nak diet...Wat apa la NAD & ZIRA nak diet...dah kurus kot?


Jadi tension plak teman memikau'nyer..As time pass by, winter is now on the air...So diet hilang kemana, tujuan nak diet asalnyer jadi tujuan to add FAT in my body sebab tejuk... Owh no..Otoke? Bertambah2 la lemak degil dalam badan. Then i'll surfing the website terjumpa la satu blog nie ( stalker gak aku nie sebenarnya)...Dia dulu gemuk then amalkan Carbo Diet terus kurus...Wa...jelez...


Then final desicion ngan housemate, kitaorg akan buat Carbo Diet but dua kali seminggu, Diet tue tak bagi amik langsung karbohidrat dalam masa dua minggu. Nasi...Bye..bye la jawabnyer. Tah la jadi ker dak? Bulan 12 nie kita tengok hasilnyer erk...


Nak kurus Balik macam gambar sebelah nie leh tak? ( Gambar full time muda2 suma tak pakai tudung) So amik gambar yang pakai tudung tapi yang ade gambar sekerat jer la. hehehehehe


Then Exercise....nie pon musykil gak...sebab nak pergi gym then tanya la kengkawan kat Adelaide nie gym mana yang murah dan best...Macam jawapan dapat sampai last2 aku Gym kat Rumah jer la...hehehe tak pe awal bulan 8 nie, me and Zira want g daftar gym plak...So aku dah bertekad sebelum balik ke Malaysia this December i must lose some weight, tak banyak pon sikit jadi la...Asal ade org yang tegur...
>>>"Eh, farina ko nampak kurus sket la"<<<




Hehehe, buleh ker aku mencapai cita2 terpendam nie...Kita tunggu jer erk...Dan korang doakan aku berjaya then leh pakai baju cantik2 mcm org len ( Baju cantik tapi tak dedah aurat). Baju saiz 10 pon ok gak..keh...keh...keh..


Sampai sini dulu coretan pasal benda alah nie, nanti aku terpikir tajuk len aku update blog nie lagi.


Wassalam...........

Sunday, June 6, 2010

Boring...Miss My Family.....

Assalamualaikum..... 

Jumpa lagi erk...hehehe macam la lama tak update blog nie..Sebenarnya tak de idea nak tulih ape disebabkan kesejukan yang melanda Pekan Adelaide..hehehehe dah masuk winter dah sekarang nie..Dah lama sebenrnya nak berkenalan dengan Miss/Mr Winter nie...macamana la agaknya perangai (suhu) dia yang paling buruk tue...Muahahahaha..

Disebabkan tak leh tido ( sebab dah tdo siang) serta kesejukan tahap dewa2, aku nak update la blog ku yang tak seberapa nie...Ok let start with what happen when i talk to my family...thank to my beloved boyfriend MoHd Hisyamuddin Mohd Shah ( aku boh nama penuh terus, nak bgtau kat korang dia aku punya)...yeah truthful i really miss them so very much...mungkin korang tak tahu yang aku nie datangnya from a very big family...I have 10 siblings (8 girls, 2 boys) and i'm the eldest..bayangkan la yang tua pon muda lagi...( nak kata aku muda sebenarnya)



Nie just sebahagian, jap g ade lagi...yang berjanggut tue la saya punya pakwe...Muahahaha walaupun tak ensem tapi hatinya tetap ensem...Dah 4 bulan menetap di Adelaide, selama nie terkurung bawah ketiak mama & abah ja...I miss them so much walaupun selama nie asyik cari gaduh jer terutamanya ngan abah tapi kaklong sayang abah...

Bila skype dengan family kat Malaysia mcm2 karenah ade maklum la ramai pastu suma nak cakap, ade yang nak laporkan aktiviti harian/mingguan la, nak bagitau pasal pakwe la, nak cerita gossip terbaru kampung halaman aku la, pasal kucing kesayangan abah, suma ade lebih dari Astro rasanya..And as the oldest i'm kind of listening to everything that my brothers and sisters tells me..and then i realize that just they can take out my sober when i'm down..cececewah...huhuhuhu

Then tadi baru jer selesai cakap ngan my mum, gurau2..then mama tell me that dia pergi majlis perkahwinan kawan baik aku iaitu Naemah....terasa la plak suma org da kawen...aku belajar ag and rasa mcm dah tua jer...cemana nak kawen...then ask my mama... ayatnyer lebih kurang macam nie la..."Mama kalau kaklong nak kawen leh tak?...heeeeee" then she answer back " Hang jangan dok gatai...mengaji pon tak abeh lagi nak menikah"....waaaaaaa sob...sob...sedih..bukan nak menikah sekarang tapi lepas abes mengaji la...wawawawaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(

Ok la...then my i spoke to my little sister, my last little angel, aku pangil adik aku nie Baby jer (Gambar dia kat atas pakai baju kuning ikat tocang mcm tanduk kerbau tue) hehehe...tanya dia cuti sekolah berapa hari ? She anwer...ermm tah la tapi rasa2nya dlm 16 hari..jawapan mcm org tua... then dia pesan kat aku..." Kaklong kalau balik sini bulan 12 nie leh dak jangan cakap omputih, baby tak reti la..." aish minah sekor nie masuk kali nie 6 kali dah dia pesan kot...huhuhu...

Apapun family kita yang terbaek, ingat apapun yang berlaku kat kita, diorang lah selalu berada di depan, tepi, belakang, kiri, kanan kita. And for me, it was the best things that ever happen to my life....


Tuesday, June 1, 2010

My Life Near The Exam

Hi & Assalamualaikum everyone...


It such a heart break week for me..so many thing happen in our daily life and also my life..I feel lost..Why I felt like that? Me neither do not know...As time past near the exam I feel much burden. Although it just one paper it's has 9 credit unit. And what make me nervous for the 13th study week is final presentations. I have 2 actually, one for my final iPhone Apps and second is my Business Presentation. I not good in speaking English, but I can write a very good  essay. What should I do? May be practice coz everyone say practice make perfect right?


 And for now i'm officially shut down/ close my FB operation for one month until July and i'll be back after that or after I finish my exam on 29th June 2010. It better for me coz i'll concentrate more on my notes..hahahahaha...& before exam I must go somewhere to release all things in my head...Just one day out and i'll be fine. Maybe i'll ask my house-mates.. It should be okay with them..


And the most depressing things in my heart right now and I don't know when it will heal is "Israel Cruelty And Terrorism".. Clap..clap..clap... I cannot do anything because i'm only person that have no authority in this world, i'm only humble Allah servant that only can pray for my Muslims brothers and sisters for their safety. Islam not weak, Islam is the most beautiful thing that ever happen in this world. And what shock me the most is "ISRAEL" says that the activists attack them first with CHAIR,STICKS,and bla..bla..bla..


 What a lie!!! If we think it clearly why the activists attack the ISRAEL's army. It is because they scared, ISRAEL's army is well known with their cruelty and has no humanity because they says "They is the most high society in the world and they should be the world leader"..bravo..bravo..If we see the video clearly the activists already shows white flag..then why they have to attack the ship... If they fear of all weapon that will be smuggle into Palestine their should ask permission to check all the cargo's that LifeLine 4 Gaza brought..not attack them...Then world biggest power that call themselves "World Police" did't say anything..


 As a Muslim, I hate cruelty and terrorism. They should apologize..that what I ask for...They should have not many but a little bit of love to other people...May Allah bless all the activists who died in the accident and think to yourself now is the time to be together and unite......


Qunut Nazilah Meaning ( in Malay)

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh berkuasa
Wahai tuhan yang bersifat mulia
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.