Dah seminggu tak update blog nie... Sebelum pergi kelas ari nie teringin plak nak update blog. Nak cita pasai House Warming kat no 21, Turnbull Road Enfield, 5085 SA. Hehehehe bermula dengan hari khamis iaitu aktiviti membuat apple pie...Mula2 excited sangat meratah inti apple aje kijernyer tapi bila dah dekat pukul 2 pagi mencanai dan mengisi apple pie, aku dah mula rasa letih, skit pinggang suma ade...Muahahahaha dan terus ke bilik air gosok gigi dan cuci muka...Sian Nad ngan Zira jugak yang abiskan suma kija-kija tue.
Esok nya pulak aktiviti memasak lauk disebabkan takut tak cukup masa, aku kupas semua sayur2, bawang untuk wat Menu special mama iaitu Nasi Briyani..Menytang2 la hari jumaat tak de kelas kan..Petangnyer tunggu nad ngan zira balik bersama pembantu khas dari Mawson Lakes iaitu Atun dan Sarah...Diorang nie sebenarnya budak exchange student dari UIA..Tapi sangat ngan ngan kitaorg dan menjadi kawan baik di Adelaide nie...Tiap2 minggu mesti datang menyemak kat umah kitaorg...tapi di sebabkan diorang pemecah kesunyian keyemakan diorang di maafkan hehehehe...
Dan aktiviti malam sabtu tue ialah memasak...mula2 goreng ayam sebanyak 150 ketul...then kurang kepada 140 ketul sebab bdk2 umah aku meratah jer...pantang tengok ayam goreng nak amik jer..dan selingan aktiviti mengoreng ayam ialah tengok cita Personal Taste yg pakwe aku berlakon muahahahahaha...then dah boring cita tue sambung karaoke kat dapur pulak...Mula2 lagu jiwang pastu terus jadi lagu raya..hehehehe Dah dapat mode raya dah nie...siap buat video ag...
Bila ayam dekat2 nak abis, kitaorg sambung buat dalca plak..dua periuk besar..abis jer ngan dalca buat ayam merah..pergh...tengok ayam merah suma terliur dan teringat nasi sbb hari tue tak mkn nasi, mkn bubur yg sedap Zira masak licin periuk..
Pagi hari kenduri aku buat kejutan bangun awai untuk masak nasi Briyani...guna 2 periuk elektrik masak nasi 9 kali. So 9X2= 18 kali aku masak nasi...Penat giler...Then kitaorg memandikan diri dan terus pakai baju raya tahun nie dan tangkap gambar...Hehehehehe nie la hasilnyer...
Pagi Raya Tahun Nie:
Dari kiri : Atun, Aku, Nad, Zira dan Sarah
Malam Raya Tahun Nie:
Dari kiri : Aku, Nad, Atun, Zira dan Sarah
Jejaka Didepan : Luqman dan Amri


No comments:
Post a Comment